Blogger Layouts

Monday 3 March 2014

Penyerahan sijil PTK Dr Muda

Pada bulan Julai 2013, seramai 10 orang Dr Muda telah menyertai peperiksaan PTK Dr Muda. Kesemua mereka telah lulus dengan cemerlang dengan memperolehi markahh 90% ke atas. Kesemua Dr Muda ini telah di anugerahkan sijil.

Sunday 22 May 2011

:W.A.T.I.K.A.H P.E.R.L.A.N.T.I.K.A.N:

Majlis Watikah Perlantikan ahli Doktor Muda telah disempurnakan dengan jayanya ketika perhimpunan rasmi sekolah. Seramai 30 orang ahli Dr Muda SKBBKS telah menerima Sijil Watikah Perlantikan sebagai Doktor Muda. Pembacaan ikrar Dr Muda telah diketuai oleh Muhd Alif Bin Eady. Semoga dengan perlantikan ini akan meningkatkan semangat Dr Muda dalam menaikkan nama Kelab Doktor Muda. 

 Dr Muda bersedia mengambil watikah perlantikan

 Dr Muda menerima watikah perlantikan



Bacaan Ikrar yang diketuai oleh Muhd Alif Bin Eady

Saturday 21 May 2011

:L.A.G.U. D.R M.U.D.A:

Lagu Doktor Muda

Kamilah Doktor Muda
Memberi khidmat menaburjasa
Bantu rakan semua
Jaga kesihatan hidup bermakna
Mari rakan semua
Berkongsi ilmu menjana minda
Otak cergas kesihatan terjaga
Sejahtera hidup selamanya
Chorus :
Usah buang masa lagi
Bersamalah kita berpadu usaha
Kesihatan diri focus utama
Hubungan mesra hidup ceria
Harga diri terpelihara
Maju bangsa maju Negara
Jangan leka, berubah segera
Cergas kearah jaya
Ulang Chorus
Diri cemerlang hidup sempurna

:K.E.M K.E.S.I.H.A.T.A.N:

Pada 20 dan 21 April 2011, seramai 7 orang ahli Kelab DM telah menyertai Kem Kesihatan Daerah Kuala Selangor. Kem Kesihatan ini telah di jalankan di Seaview Resort, Sg Sembilang, Jeram. DM yang menyertai Kem Kesihatan ini ialah Irdina, Husna Aqilah, Aina Athiqah, Fatin Nur Athirah, Nurul Qistina, Sharmila Sri, dan Sri Nur Elry. Kem Kesihatan ini telah bergabung dengan Kelab Pandu Puteri Daerah Kuala Selangor. Seramai 200 orang ahli yang menyertai. Seramai 80 orang ahli daripada ahli Kelab DM dan selebihnya adalah ahli Kelab Pandu Puteri. Kem Kesihatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara Kelab Doktor Muda dan Kelab Pandu Puteri Daerah Kuala Selangor. Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Walaupun hujan lebat dan ribut petir melanda pada hari tersebut, namun ia tidak mematahkan semangat ahli dalam bercamping pada hari tersebut. Malahan, sikap kerjasama jelas kelihatan di wajah ahli-ahli kelab. 

 Wajah-wajah DM yang ceria. Dari kiri Irdina, Sharmila, Fatin, Husna, 
Aina, Sri dan Qistina

 Pendaftaran peserta

 Berkumpul setalah mendaftar

 Pasang khemah

 Pembahagian kumpulan

 ice breaking dan bengkel kepimpinan

 menyanyikan lagu doktor muda dan lagu kepanduan

 perlawanan futsal dalam permainan luas

 pembahagian makanan ketika waktu hujan

 mencari harta karun

Puteri surat khabar

Semoga dengan adanya kem seperti ini akan meningkatkan semangat jati diri ahli kelab doktor muda di masa akan datang :)

:L.A.W.A.T.A.N. K.E. P.K.D:

Alhamdulillah pada 13 April 2011 yang lalu, sebahagian daripda ahli Kelab Doktor Muda telah mengadakan lawatan ke PKD Kuala Selangor. Sesi lawatan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti ahli kelab doktor muda. Ia untuk mendedahkan ahli kelab mengenai kerjaya sebagai seorang doktor, bahagian yang terdapat di klinik kesihatan, tugas dan tanggungjawab setiap bahagian. Ia untuk menambahkan lagi minat ahli kelab dalam bidang kedoktoran. Lawatan ini telah diketuai oleh Cikgu Roshayati dan Teacher Hidayah. Seramai 6 orang Dr Muda yang mengikuti lawatan ini. Antaranya ialah Muhd Alif Bin Eady, Mohd Asyrab Bin Tasrib, Fatin Nur Athirah, Aina Athiqah, Puteri Mimie Isma dan Nur Fazreena. 

 Setibanya di perkarangan PKD K. Selangor 

 Mendengar taklimat ringkas daripada Dr Aimi Nazri

 Di Unit pesakit luar

 Di bahagian farmasi

 Di Klinik Ibu Mengandung - DM Alif nampak berminat 

 Mendengar penerangan daripada doktor mengenai ibu mengandung. Di sini, DM berpeluang melihat doktor scan perut ibu untuk melihat bayi di dalam kandungan.

 Di makmal

 Di unit pergigian. DM berpeluang melihat doktor mencabut gigi pesakit

DM fatin dan asyrab nampak serius melihat doktor mencabut gigi pesakit

:K.O.N.V.E.N.S.Y.E.N:

Pada 4 Mei 2011 yang lalu, Kelab Doktor Muda telah menyertai Konvensyen Kelab Doktor Muda peringkat daerah di SJK (T) Vageesar. Daripada 8 acara yang dipertandingkan, SKBBKS telah menyertai 6 acara sahaja iaitu bercerita bahasa melayu, bercerita bahasa inggeris, sketsa, buku skrap, sekolah cemerlang dan kuiz. Alhamdulillah..dengan berkat kesungguhan guru penyelaras kelab doktor muda yang sentiasa berganding bahu dalam melatih dr muda... bercerita bahasa melayu, bahasa inggeris dan buku skrap telah mendapat tempat ketiga. Manakala, sketsa yang bertajuk ooii... halimah sayang telah mendapat Johan. Syabas dan tahniah kepada Ust Salina, Ust Norziani, Teacher Hidayah, Cikgu Roshayati yang tidak jemu2 memimpin pasukan sketsa Dr Muda sehingga berjaya ke peringkat negeri. Alhamdulillah.... namun, tidak lupa juga kepada Teacher Asmahani yang telah sedaya upaya menyiapkan power point sekolah cemerlang dan memimpin pasukan buku skrap sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Ust Khaiza Yana dan Teacher Rozi kerana sama-sama membantu pasukan kuiz dr muda. Walaupun tidak berjaya ke pusingan akhir, anda telah memberikan komitmen yang terbaik pada kelab dr muda. Syabas dan tahniah kepada semua guru penyelaras Dr Muda. Kepada guru-guru lain yang terlibat secara langsung atau tidak, pihak Kelab Doktor Muda mengucapkan terima kasih atas bantuan dan sokongan yang diberikan. Allah shaja yang dapat membalas jasa kalian semua.. :)

 Dr muda yang mengambil bahagian dlm buku skrap
dari kiri irdina, raidah, husna. 

Persiapan Dr Muda yang mengambil bahagian dalam sketsa

:K.E.B.E.R.S.I.H.A.N. T.A.N.G.A.N:

Pada bulan Februari yang lalu ahli Kelab Doktor Muda telah mengadakan demonstrasi membasuh tangan kepada semua pelajar di SK Bandar Baru, Kuala Selangor. Demonstrasi ini adalah bertujuan untuk menunjukkan cara-cara membasuh tangan yang betul. Di sini, doktor muda bekerjasama mengajar kawan-kawan mereka dalam menjaga kebersihan tangan.



Demonstrasi ini telah dikendalikan oleh Dr Mimie, Dr Nurul Qistina dan Dr Huda Shahira.




 Dengan aktiviti yang di jalankan dapat mengeratkan lagi hubungan antara Dr Muda dan pelajar2 lain...